Sampai kapan harus begini… ???

Antara kesalahan yang dianggap oleh umat Islam hari ini ialah bersentuhan atau berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahrom (yang boleh dinikahi). Sedangkan bersentuhan ini haram hukumnya, disamping juga dapat mendatangkan fitnah dan kejahatan.
Hadits-hadits Rasulullah s.a.w berikut ini menjelaskan mengenai haramnya persentuhan lelaki-perempuan:

“Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya, Nabi s.a.w membaiat (mengambil sumpah setia) para wanita dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah memegang tangan para wanita, kecuali tangan wanita yang telah menjadi miliknya (wanita yang telah dinikahinya)”.

Hadis tersebut dikuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Seandainya kamu ditusuk dengan jarum dari besi yang panas, maka itu lebih baik bagimu daripada menyantuh perempuan yang tidak halal bagimu”.

Hadis tersebut dikuatkan pula oleh apa yang disebutkan Syarnubulali di dalam hasyiah (komentar)nya terhadap “Ad-Durr”,bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,”Barangsiapa yang menyentuh tapak tangan wanita tanpa memenuhi syarat yang membolehkannya, diletakkan api di telapak tangannya kelak di hari kiamat”.

Imam An-Nabawi dari mazhab syafi’i mengatakan,”Apabila memandang wanita lain saja haram, apa lagi menyentuhnya sebab menyentuh itu lebih nikmat”.
Syeikh Asy-syanqithi berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ”Sesungguhnya aku tidak mahu berjabat tangan dengan wanita (yang bukan mahrom)”.

Wahai kaum muslimin, tinggalkanlah tradisi yang akan mengotori kesucian dan kehormatanmu. Apa yang lebih mendukacitakan ialah sikap sebahagian pemimpin Negara Islam yang berjabat tangan dengan pemimpin luar seperti menteri luar AS Condeleeza Rice yang mana tangannya penuh dengan darah umat Islam di Palestin, Iraq, Afgahnistan, dan Pakistan. Apakah pemimpin2 umat Islam merestui apa yang amerika lakukan terhadap saudara2 kita dengan berjabat tangan dengan wakil2 mereka sambil tersenyum bangga.

Ya Allah, kami tidak memerlukan pemimpin sebegini.

Ya Allah, Berikanlah kami seorang khalifah untuk memelihara darah, harta, dan keluarga kami…

Hanya kepadamulah tempat aku mengadu.

Amin ya robbal a’lamin

Terbaru

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.